Thursday, 29 December 2011

Kehadiran Dua Ambang

Bismillahirrahmanirrahim ..

Sebelum kita memulakan perbicaraan, ayuh kita bersyukur kepada Ilahi kerana kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam, iaitu dua elemen yang besar dan penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Alhamdulillah.


"Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti " [Yunus : 100]
Ambang 1 : Tahun Baru
Kini kita berada di penghujung tahun 2011 dan akan melangkah ke tahun baru. Kebiasaannya, ramai akan cuba bertanya dan berkata apakah azam baru yang akan kita cuba capai dalam tahun 2012 nanti? Sememangnya sebagai seorang manusia, mempunyai cita-cita dan harapan merupakan sesuatu perasaan yang termaktub dalam sanubari. Tercapai ataupun tidak, itulah yang membezakan mereka. Malah, perkara yang lebih membezakan adalah sejauh mana usaha yang komited dilakukan untuk mencapai impian tersebut.

Persoalannya, bagaimanakan kita hendak memandu jiwa untuk merealitikan impian kita? Apabila menyebut mengenai azam dan cita-cita, ayuh kita implementasikanya dengan satu hadis yang mempu menjelaskan tujuan dan mengukuhkan keadaan kita nanti. Tambahan, kita cuba menggabungkan diri kita dengan konsep hijrah Rasulullah SAW untuk memandu jiwa mencapai hasrat kita.


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: ” Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : – “Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ya ! Kuasa niat. Segalanya bermula dengan niat. Hijrah bukanlah sesuatu pekara yang kecil dan mudah, ia perkara besar dan susah. Maka itu, sudah semestinya perkara yang besar ini memerlukan sesuatu yang besar juga untuk mencapainya. Apakah ia?

Allah. Allahu akbar. Tiada yang lebih besar daripada Allah. Segala apa pun azam dan cita-cita kita, sebesarmana pun perkaranya, ayuh kita niatkan untuk mendapat redhoNya, kerana kita yakin dan percaya akan kekuasaan dan kebesaranNya ! Dia pandu jiwa kita.


Ambang 2 : Peperiksaan

Dalam sedar dan separa sedar terasa cepat benar semester satu berlalu. Tiba-tiba, peperiksaan akan berlangsung pada minggu hadapan. Cepatnya masa. Ada yang sedang rasa bersahaja kerana telah membuat persediaan secukupnya, ada yang rasa gelisah untuk menghadapinya, ada yang merasakan masa sudah terlambat. Namun kebanyakan masih gigih dalam usaha menuntut ilmu tersebut. Tidak kiralah kita dibidang mana. Begitulah.

Rasa terlambat? Sebenarnya tidak. Masa tidak pernah terlambat untuk usaha. Usaha itu bila-bila dan di mana-mana sahaja. Usaha tidak terikat dengan masa. Ia hanya kelakuan dan tindakan diri kita.


Apakah yang Allah firmankan tentang usaha?
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, mohonlah kepada Allah sebahagian dari karuniaNya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" [An-Nisa' : 32]
Kita sebagai muslim, sebenarnya sangat beruntung kerana kita punyai Allah. Maka, lengkapkanlah usaha kita dengan doa dan tawakkal kepada Dia.

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nicaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [At-Talaq : 3]

Mungkin sudah memadai bagi ayat al-Quran untuk menerangkan segala-galanya tentang kekaburan yang berada di minda.  Maka, pihak KAFA UM ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan semester 1 (11/12) bagi semua warga Univesiti Malaya, semoga anda semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan yakin. Selamat Maju Jaya !

Bittaufiq wan najah :)




Sunday, 4 December 2011

Seputar : Cinta Muka Buku

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menghadiri program KAFA kali ke 3 ini.
CINTA MUKA BUKU

Perkongsian yang menarik daripada Ustazah Fatimah Syarha.Kupasan beserta hujah-hujah yang diberikan telah memberi pencerahan yang sebenar erti 'cinta muka buku'.

Lautan nasihat yang diberikan oleh beliau.Sedikit perkongsian dari beliau :
Ibnu Al-Qayyum Al-Jawziyyah berkata:
"Cinta itu boleh lenyap bersama dengan sebab".

Maka,jangan diambil sebab-sebab yang RAPUH dalam membina sebuah MAHLIGAI.

Moga kita semua dapat memahami erti CINTA dalam menuju REDHA-NYA.

Wallahu`alam


Sekitar CINTA MUKA BUKU

Bismillah...Moga ku temui sesuatu disini




Jazakillahu khayr

Kedudukan cinta menurut Ibn Jauzi....Dmana sebenarnya cinta kita?

Jiwa-jiwa yang mendambakan REDHA-NYA  


Bulatan coliseum @ Surau FSSS.Perkongsian yang MENARIK!

Dengan berlangsungnya program KAFA kali ke 3 ini,maka berakhir juga program KAFA bagi sem ini.

Kami berharap ada masukan untuk perbaikan.Berbagai saranan dan kritikan senantiasa dinanti untuk sama-sama meraih REDHA ALLAH RABBUL 'IZZATI...


Wassalam....
Powered by Blogger.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP