Thursday 2 August 2012

Ramadan : Singkir Prahara Noda Vs Singkir Sisa Noda dan Bina Selembar Bianglala




Rejab melontar pawana
Syaaban melaungkan pesan
Bahawa Ramadan Kareem bulan luar biasa !

Ahlan wasahlan ya ramadan!.. bersyukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi, Allah Azza Wa Jalla, kerana dengan izinNya sekali lagi, kita beroleh nafas bertenaga dipertemukan dengan kehebatan bulan Ramadan hingga hari ini. Bahangnya sudah terasa sejak daripada perkampungan bulan Rejab, kemudian Syaaban menyapa pula setiap pundak umat Islam akan hadirnya sebuah bulan yang lebih mulia dan lebih agung daripada bulan-bulan hijriah yang lain. Sudah terpatri dalam setiap orang-orang yang soleh, bersiap siaga memperbaiki diri dan mempertingkat amal sepanjang Ramadan yang bakal dilalui setiap tahun sebagai wahana menuju darjat tertinggi redha ilahi.  Blessing Ramadan !

Akan tetapi, bilangan umat islam yang ramai tidak berpadanan dengan nilai mereka yang mengerti erti islam yang sebenar.  Lihat sahaja keadaan dunia masa kini. Punsu dalam kegelapan ! Mungkin orang-orang yang soleh kembali tersungkur ke takuk yang lama ketika hampir mencapai Deen ? Bagaimana pada mereka yang belum bersedia ? Termengah-mengah mencari nilai Ramadan ? Tersipu-sipu mencium aura Ramadan ? Terhegeh-hegeh lari daripada Ramadan ? Oh man !

What is the EXTRAORDINARY things that this month have ?
Is it really important or we just busybody for something insignificant ?
Why and why again all people talk about this month ?

Hurm.

 2:185


Maksudnya : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah : 185)

Nah ! dalil naqli di atas memanifestasikan bahawa keagungan dan kebesaran bulan Ramadan itu tidak dapat disangkal kebenarannya. Kalau diteliti satu persatu ayat di atas, dibelek-belek makna eksplisit dan implisit, banyak peristiwa yang berlaku pada zaman kekasih Allah pada bulan ramadan. Peristiwa yang membawa Ramadan sebagai satu bulan yang berkat. Ramadan sebagai satu bulan yang agung. Ramadan sebagai satu bulan pentarbiyahan diri dan akhirnya membawa kepada kegemilangan Islam. Peristiwa yang membawa kepada  keistimewaan bulan Ramadan ini akan diimplementasikan sebagai nilai-nilai harmonis dalam kehidupan  dan menjadikan Ramadan sebagai bulan ‘ekstravaganza’ dan suri teladan kepada noda untuk disingkirkan selama-lamanya.

Na’am ! noda jahiliyyah !

Prahara Noda ataupun Sisa Noda ?

Kupasan lanjut membawa kita memandang Ramadan sebagai suatu kaca mata rahmat Allah  tanpa termengah-mengah, tanpa terhegeh-hegeh mahupun tersipu-sipu kemaluan.
Fokus kita yang sebenar adalah berhubungan dengan pentarbiyahan lenggokan detik ramadan yang harus dihayati setiap manusia yang bergelar muslim.

Sebelum mencapah pemikiran lebih luas dan pragmatis.
Ayuh, berimaginasi dan berfikir seketika akan kisah ini..

Pada suatu hari, Ahmad dan Amin melihat orang ramai berpusu-pusu beratur di sebuah kedai. Setelah mendengar riuh rendah daripada orang ramai, khabarnya satu minuman susu coklat percuma telah ditawarkan oleh seorang peniaga. Seorang pemuda yang baru menghabiskan susu percuma itu mendekati dan menyapa mereka berdua.

“Eh korang berdua, kalau nak susu percuma tu. Jangan lupa eh bawa cawan korang untuk amek air kat peniaga tu. Susu jer percuma. Cawan pakai sendiri la..”

Ahmad dan Amin lantas bergegas ke rumah mereka akan tetapi..

“eh eh aku belum habis cakap lagi...... alahai lupa nak bagitau satu perkara penting lagi..takpelah pandai-pandai la diorang...”

Adrenaline mereka begitu pantas di’secrete’ oleh organ tertentu dan menggerakkan tubuh badan mereka untuk mendapatkan susu coklat percuma sehingga lupa mendengar kata-kata terakhir pemuda itu.
Tidak lama kemudian, Ahmad dan Amin kembali ke kedai tersebut dan beratur untuk menunggu giliran mendapatkan susu tersebut.

Amin yang berada di hadapan Ahmad sudah mendapatkan susu percuma itu dan minum dengan riang sekali.  Tetapi, apabila sampai giliran Ahmad, peniaga itu tadi mengembalikan cawan yang dibawa untuk diiisi susu percuma kepada dia semula. Cuma berbeza keadaan cawan yang sebelumnya dibawa kotor dan kini ianya menjadi bersih.

“Pakcik, mana susu coklat saya ?” bicara Ahmad.
“laaa..setiap orang yang nak susu coklat free pak cik ni, pakcik bagi masa 10 saat je setiap seorang amek. Tengoklah belakang kamu, betapa panjangnya barisan orang nak amek susu coklat free pak cik ni.. setiap seorang pergi , dua tiga orang tambah.. belum tentu pakcik sampai ke petang ni.. tu yang pakcik wat cenggini.. tapi disebabkan cawan kamu kotor, masa 10 saat tu cecukup je buat pakcik bersihkan cawan kamu yang kotor ni..  Hihi.”

Diam terpaku Ahmad dibuatnya. Baru pertama kali dalam sejarah dia berjumpa peniaga sepelik ini. Tetapi dia mengetepikan pemikiran negatif itu.

Amin hanya mampu menasihati Ahmad bahawa dia seharusnya membasuh dahulu cawan yang ingin digunakannya di rumah sebelum datang kerana kekhuatiran cawan mereka tidak bersih dan boleh mengancam kesihatan masing-masing.

Begitulah kisah si Ahmad dan si Amin dalam mendapatkan susu coklat percuma di sebuah kedai.
Kisah yang ringkas tetapi mendalam. Membawa skop yang ringan kepada skop yang jitu. Memikirkan apa mesej sebenar yang ingin diterjah.

Haa.. inilah dia Prahara Noda Vs Sisa Noda

Prahara membawa maksud ribut, angin taufan atau badai manakala sisa bermaksud saki baki daripada jumlah keseluruhan. Noda selanjutnya ditakrif sebagai sesuatu kotoran. Apabila digabungkan dan diadun untuk kesesuaian kepada analogi ramadan, ianya sebagai suatu gambaran pentarbiyahan diri ketika Bulan Ramadan.

Limazaaa ?

Cuba kita fahami dan selami kisah tadi dalam pemfokusan watak Ahmad.
Ahmad tergesa-gesa pulang ke rumah tanpa menunggu pembicaraan seorang pemuda itu habis. Kemudian, cawan yang dibawanya kotor dan hanya dibersihkan ketika ingin mengambil susu coklat percuma di kedai itu.
Akibatnya, dia hanya meraung-raung  dalam diam ditikam nafsu kerana tidak mendapat susu coklat percuma.

Berbeza pula dengan watak Amin. Meskipun dia seperti Ahmad tergesa-gesa pulang ke rumah,tetapi akal fikirannya berjaya menundukkan nafsu yang gelintin mengajak ke arah kepuasan yang penuh buta dan tuli. Cawan yang digunakannya dibasuh terlebih dahulu di rumah kerana mungkin dia memikirkan kesihatan badannya daripada tercemar dengan penyakit. Didikan akal fikiran menerawang secara positif memberi impak yang positif kerana dia mendapat susu coklat percuma tanpa halangan dan menikmatinya hingga degukan kekenyangan yang terakhir.

Begitu juga kita. Bulan ramadan adalah bulan upgrade segala pentarbiyahan diri. Tetapi kebanyakan umat islam kini memandang Ramadan sebagai suatu kaca pemulihan secara paksaan. Memang tidak dinafikan memang Ramadan adalah masa untuk berubah, masa untuk mengubah dan pelbagai istilah yang mengubah diri ke arah yang baik. Pemikiran sempit perubahan atau pemulihan bukan bererti berubah secara mendadak, tetapi perlahan-lahan seiring waktu yang berputar. Hal ini tidak lain tidak bukan kerana kita perlukan kualiti dan istiqamah dalam amal ibadah kita. Kita perlu membuat persediaan awal sebelum tibanya bulan ramadan atau dalam erti kata lain, kita ready dalam bulan-bulan sebelum ramadan, nescaya Ramadan yang akan ditempuhi lebih berkualiti dan diiktiraf hebat pentarbiyahan diri kita. Segala sifat-sifat negatif/kotoran(noda) yang menyengat dalam hati dapat disingkirkan lebih awal dan ketika bulan Ramadan hanya tinggal sisa-sisanya yang perlu dibersihkan secara lembut. Sehubungan dengan itu, Ramadan dapat dilalui tanpa pemberontakan nafsu yang bergelojak inginkan itu dan ini tanpa terkena renjatan perubahan asing yang tiba-tiba datang. Membersihkan prahara kekeliruan hati, mudahnya menangkis keliaran nafsu.

Tidak hairanlah jika kita melihat orang lain ada yang tidak tahan sabar dan gagal membendung sifat marah yang dicetuskan oleh nafsu ketika bulan Ramadan. Hal ini kurang mendapat didikan dan persediaan awal sebelum membendung dan memulihkan didikan hati secara teratur dan molek dengan strategi.

Tidak dapat dinafikan juga walaupun sesetengah umat islam kurang cakna dan berseloroh memasuki bulan ramadan, ada juga yang berjaya keluar daripada kepompong dan kongkongan nafsu dan penyucian noda hati. Perjuangan yang diperlukan berlipat kali ganda(singkirkan prahara noda hati di samping meningkatkan pencapaian pentarbiyahan diri) dibutuhkan untuk menjamin kebersihan hati dan nafsu yang jinak dengan kebaikan. Tetapi adakah kualiti dan istiqamah untuk beramal ibadah kepada Allah memberikan jangka masa yang lama. Ataupun lepas ramadan bermakna lepas seksaan lapar dan dahaga ?
InsyaAllah segala niat usaha ke arah yang lebih baik akan dipermudahkan Allah dan sesungguhnya tiada istilah terlambat dalam menuju redha ilahi. Mungkin sekarang kita telah menjejaki bulan Ramadan dan topik yang dibincangkan mungkin tidak sempat untuk mereka melakukan pentarbiyahan diri secara awal, namun, tiada rugi jika niat ikhlas dan bersungguh-sungguh mempertingkat amal cuma pengorbanan yang harus ditempuhi lebih besar dan banyak cubaan akan dihadapi berbanding mereka yang sudah bersedia awal.

Tepuk dada, tanya akal.
InsyaAllah, everything will be fine..

Ramadan kali ini belum sampai ke pengakhiran. Namun jika tidak sempat bersedia, ayuh,musnahkan prahara noda lebih awal sebelum mencapai fasa pertengahan Ramadan supaya mudah menundukkan kebejatan nafsu dalam mengajak ke arah kejahatan. Hal ini sangat penting untuk kita cekap dalam menangkap satu hari yang malamnya lebih baik daripada seribu bulan jika beribadah ketika itu iaitu malam Lailatul Qadar. Tersenyum keriangan dapat dilakar dalam apa jua keadaan sekalipun kerana mujahadahnya hanya untuk menyingkirkan saki baki noda yang ketinggalan daripada bertungkus lumus melawan prahara noda yang mencengkam.
Justeru, hapuskan sisa noda ketika ramadan untuk menjamin kualiti amal ibadah yang tinggi serta istiqamah yang konsisten. Tak terlambat untuk masa sekarang. Cepat bertindak segera !

Jika terhapus sisa noda itu sedikit demi sedikit, sudah tibanya bergerak proaktif menuju setiap tingkat dalam membina tingkatan bianglala dalam bulan yang penuh berkah ini.

Bianglala ialah pelangi. Pelangi yang indah. Pelangi indah ciptaan Tuhan. Terbina tujuh warna yang menyebarkan auranya ke serata pelusuk alam. Tingkatan warna untuk satu nama. Hadir selepas hujan. Tanda kesusahan selepas kesenangan.

Mungkin Pelangi yang benar hanya sementara.

Tetapi Bianglala yang bertingkat ini memang yang luar biasa !

Bermujahadah ketika ramadan.
Sambil membina warna bahagia.
Setiap tingkat secara teratur.
Kebahagiaan hakiki insyaAllah tercapai
Itulah bianglala yang sejati

Kita sedia maklum bahawa Allah swt telah mensyariatkan kepada umat islam untuk berpuasa yakni menahan diri daripada makan dan minum serta nafsu syahwat ketika bulan ramadan dilewati. Bulan-bulan Hijriah yang lain tiada disyariatkan sebagaimana bulan Ramadan.

 2:183

 Maksudnya : Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana   diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah : 183)

Sebelum membina bahagia yang sebenar-benar bahagia, kita perlu menghadapi onak duri rintangan kehidupan seiring sehaluan dengan bicara peribahasa, berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitulah Ramadan. Satu-satunya bulan untuk kita upgrade pentarbiyahan diri ke arah yang lebih kamil dalam usaha menggapai redha ilahi. Bersabarlah wahai hati dalam mengawal hawa nafsu dan penyucian hati. Bersabarlah untuk perit seketika demi untuk kebahagiaan selama-lamanya. Pemupukan sifat sabar dalam melayani kerenah tuntutan nafsu adalah proses untuk bina tingkat bianglala. Dengan sabar, mata bisa menjangkau pandangannya sehingga kebusukan titik dosa yang menyengat secara fizikal manakala mata hati bisa menghidu penyakit yang boleh merosakkan. Itulah keenakan sabar. Iman dapat dibentuk dengan kesabaran. Lantas Takwa mula bertatih membina tingkat bianglala yang seterusnya.

Rasulullah bersabda bermaksud “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”

Al-Quran adalah tanda kasih sayang atau rahmat Allah yang terbesar buat kita. Panduan sepanjang hidup dan berkekalan hingga ke hari kiamat. Subhanaallah. Tingkatan bianglala yang seterusnya membawa kepada peristiwa Nuzul Al-quran pada 17 Ramadan. Menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Rasulullah SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-quran yang menjadi panduan kepada seantero umat Islam hari ini.

Petikan Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 bermaksud, Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil.

Dalam bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan mengkhatamkannya sebagai salah satu target untuk melatihkan diri terbiasa dengan tarbiyah rohani menyebut kalam suci Allah dan memahami setiap patah maknanya. Ganjaran bulan Ramadan yang berlipat kali ganda menjadikan pentarbiyahan ini semakin diasak kencang. Secara  tidak langsung, hati akan sentiasa terpaut pada Al-Quran dan sentiasa menjadi sumber rujukan tatkala keliru tentang sesuatu perkara. Rasulullah berpesan, jangan pernah meninggalkan Al-Quran dan Sunnahnya nescaya kita tidak akan sesat. Ya. Memang benar Al-Quran adalah mukjizat terulung dan terhebat serta tiada tandingannya. Terbinanya wasilah kesepaduan umat islam hari ini juga berpunca daripada anugerah Allah ini. Mana tidaknya, Al-Quran melengkapi setiap kekosongan hidup. A l-Quran  adalah nur dalam kegelapan.

Dinaikkan darjatnya di sisi Allah s.w.t sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: “Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan dinaikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja”. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Berbahagialah mereka dunia dan akhirat jika hatinya sudah terpanah tusukan cinta kepada Kitab Allah yang Agung. Berbahagialah..

Proses pengukuhan bianglala semakin ampuh.
                                                                                                              
Apabila dipersoal kembali, apakah peperangan yang disertai Rasulullah ketika bulan Ramadan ? pasti majoritinya menjawab, Perang Badar.

Peperangan Badar berlaku pada 2 Ramadan tahun ke 2 hijriah  iaitu peperangan pertama umat Islam yang melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Kebijaksanaan Rasulullah sebagai pemimpin untuk bermesyuarat dengan para sahabat  tentang pendapat mereka mengenai pertembungan yang bakal berlaku. Ini penting kerana keputusan yang akan ditentukan nanti mendapat sokongan padu dari segenap golongan yang terlibat.  Selain itu, restu daripada Allah atau redha Allah perlu digapai melalui titipan doa yang ikhlas kepadanya menjadi teras dan pemangkin kepada sesuatu tindakan. Diriwayatkan kesungguhan Baginda SAW sehingga mengangkat tinggi kedua tangannya sehingga selendang di bahunya terjatuh lalu disambut oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a. Dalam doa Baginda SAW, beliau membayangkan terdesaknya umat Islam jika tewas dalam peperangan tersebut, maka tiadalah lagi manusia yang akan menyembah Allah swt selepas itu. Sementelahan, peperangan Badar juga memberi pengajaran positif  perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.

Melewati bulan ramadan dengan tingkat pembinaan bianglala ini, insyaAllah kebijaksanaan kita mengatur waktu dalam membahagikan masa urusan duniawi dan ukhrawi dapat dijadikan tunjang dan keseimbangan keperluan hidup sebagai suatu neraca yang padu. Kita tidak terlalu terperuk beribadah seharian tanpa bergaul dengan orang ramai. Kita tidak terlalu taksub dengan duniawi sehingga hilang pancaran kemanisan Ramadan. Kebijaksanaan inilah yang akan membawa kita kepada alam luar biasa ataupun “extraordinary” . Kebijaksanaan dalam membawa langkah arus hidup sentiasa mempunyai perancangan yang kukuh di samping mempersiapkan diri membina kehidupan selepas mati. Apatah lagi untuk bercita-cita untuk menjadi pendosa. Jauh panggang daripada api !

Hey, you’re genius man !

Ops! Sorry, there’s technical problem. You’re actually in a danger area. Please recheck your genius..

Kebijaksanaan yang direstui oleh Allah merupakan kebijaksanaan yang paling diperlukan bagi semua umat islam. Bukan setakat kebijaksanaan itu dan ini, tetapi kebijaksanaan atas redha Allah swt. Seringkali kebijaksanaan yang kita lihat sekarang kadang kala tidak mendapat izin Allah. Penyakit hati mudah menyerang dan akhirnya tersasar jauh daripada kebijaksanaan sebenar. Terperangkap dalam bayang kelebihan diri.

Bayangkan jika seseorang bijak memilih tempat untuk makan pada siang hari di bulan Ramadan. Inilah bijak yang sia-sia.

 Harus diperingatkan, kebijaksanaan yang direstui Allah sahaja yang diperlukan. Dengan itu, rantaian doa yang tidak pernah putus pada rahmat Allah hendaklah sentiasa dipohon dengan penuh rendah diri dan penuh kehambaan. Allah sentiasa mendengar rayuan hamba-hambanya apatah lagi pada bulan yang mulia ini. Apabila terhubung antara doa dan kebijaksanaan itu di bawah keredhaan Allah, akal akan memandu gerak geri hati dan fizikal yang positif. Jika semua yang dilakukan positif dan membawa kepada kebaikan, hati dan fizikal akan terus menyerap formula kebaikan itu dan digunakan dalam menjalani kehidupan seharian. Kehidupan seharian yang terbina sempurna dengan gabungan konsensus akhirnya akan mewujudkan semangat cinta akan agama dan tahap untuk berjihad mengikut cara pemikiran Al-Fateh insyaAllah dapat dicapai. Kerana itu, kebijaksanaan yang berada di bawah lembayung keredhaan Allah mampu membawa seseorang manusia bergerak secara positif dengan lebih jauh dan tidak mustahil akan lahir Al-Fateh pada abad ini.

Alhamdulillah.
Semakin hampir dengan Bianglala super yang menjadi dambaan manusia.

Pembukaan Kota Mekah juga menjadi titik sejarah penyebaran umat islam ke serata dunia setelah kaum Musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiyah.  Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun(gencatan senjata) dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mereka ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan,  hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya.

Dirakamkan pada Firman Allah swt dalam Surah Al-Fath ayat 1 : Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

Kemenangan hakiki umat islam.
Sehingga kini.
Untuk selamanya.

Kemurniaan akhlak baginda dalam memberi kemaafan kepada kaum Musyrikin Mekah harus dijadikan contoh dan tauladan kepada masyarakat umat islam masa kini kerana hanya dengan akhlak yang terpuji sahaja dapat melunturkan pelbagai penyakit hati yang menggila. Impaknya yang sangat indah berkekalan hingga ke nikmat Islam yang kita perolehi hari ini. Rukun Islam ke lima juga menjadi kenikmatan seluruh umat islam dalam beribadah kepada Allah. Penyatuan pelbagai perbezaan  warna kulit dan rupa telah memberi kesamarataan di bawah satu naungan ilahi. Inilah kejayaan Islam hasil perjuangan Rasulullah zaman dahulu. Dapat menegakkan syiar Islam yang terulung di bumi Allah. Oleh itu, Ramadan ini, kita kenang, selami dan hayati kemurniaan akhlak baginda yang seharusnya dicontohi. Pentarbiyahan diri dengan menerapkan sifat-sifat mulia  mungkin sudah dilatih setiap hari. Namun suasana Ramadan yang penuh keberkatan sentiasa mengasak kita dengan berkobar-kobar untuk upgrade akhlak-akhlak terpuji seperti pemaaf, tolong-menolong, prihatin dengan saudara sesama islam dan lain-lain dengan lebih hebat lagi supaya menjadi muslim yang sejati. 


Yup ! saya berharap, dengan pentarbiyahan ini, saya mendapat bianglala yang super ! bukan bianglala yang terhapus dimamah cuaca, bukan bianglala yang terkoyak dinodai dosa. Akan tetapi, selembar bianglala yang mempunyai tingakatan yang ampuh ingin saya kecapi agar dapat mendepani segala macam ujian dan menggapai redha Allah. Justeru itu, Ramadan inilah tempat pentarbiyahan ini. Jom !

Menuju tinta pena akhir,  mari menuju satu panji konklusi yang berkibar  dengan semangat menggapai redha ilahi dan JannahNya. Bulan Ramadan yang dianugerahkan kali ini kepada kita jangan dipersiakan dengan pandangan sebelah mata sahaja kerana setiap detik waktu yang berlalu dalam bulan ini menjanjikan sesuatu rencah dalam kemanisan kita beribadah kepada Allah. Menjalani kehidupan sebagai seorang musafir di bumi Allah memerlukan bekalan yang berpanjangan dan benteng  ampuh untuk mendepani cabaran penyakit dan virus tipu daya dunia.

Before : What is the EXTRAORDINARY things that this month have ?
               Is it really important or we just busybody for something insignificant ?
               Why and why again all people talk about this month ?

After : Wow, it’s really extraordinary month that is hould never miss it
           I’m speechless when know the significant of Ramadan. Truly makes me stunned !
          Now, I know why people always talk about this. They want blessing from Allah. They want           
         Jannah. They want to escapes from the lies ! Me also !


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulilah
Persoalan tajuk di atas di antara Prahara Noda Vs Sisa Noda tiada siapa yang dapat menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Hal ini kerana siapapun boleh berubah. Tiada istilah terlambat.
 Mungkin apabila mereka melalui Ramadan, mereka dapat mengasah keazaman dan kesungguhan dalam mujahadah untuk membersihkan prahara noda yang terlekat di hati. Mungkin bagi mereka yang bersedia awal dengan Ramadan, atas aspek kualiti dan istiqamah menjadi neraca selepas pentarbiyahan dalam bulan Ramadan. Pentarbiyaahan untuk upgrade ke arah muslim yang mempunyai tingkat bianglala yang ampuh. Pentarbiyahan yang tidak terganggu oleh prahara noda yang terlekat. Pentarbiyahan yang super dapat dibina di samping hanya sisa baiki noda yang perlu dibersihkan !


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 






Tulisan : Mohd Rashid Bin Admon

Thursday 29 December 2011

Kehadiran Dua Ambang

Bismillahirrahmanirrahim ..

Sebelum kita memulakan perbicaraan, ayuh kita bersyukur kepada Ilahi kerana kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam, iaitu dua elemen yang besar dan penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Alhamdulillah.


"Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti " [Yunus : 100]
Ambang 1 : Tahun Baru
Kini kita berada di penghujung tahun 2011 dan akan melangkah ke tahun baru. Kebiasaannya, ramai akan cuba bertanya dan berkata apakah azam baru yang akan kita cuba capai dalam tahun 2012 nanti? Sememangnya sebagai seorang manusia, mempunyai cita-cita dan harapan merupakan sesuatu perasaan yang termaktub dalam sanubari. Tercapai ataupun tidak, itulah yang membezakan mereka. Malah, perkara yang lebih membezakan adalah sejauh mana usaha yang komited dilakukan untuk mencapai impian tersebut.

Persoalannya, bagaimanakan kita hendak memandu jiwa untuk merealitikan impian kita? Apabila menyebut mengenai azam dan cita-cita, ayuh kita implementasikanya dengan satu hadis yang mempu menjelaskan tujuan dan mengukuhkan keadaan kita nanti. Tambahan, kita cuba menggabungkan diri kita dengan konsep hijrah Rasulullah SAW untuk memandu jiwa mencapai hasrat kita.


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: ” Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : – “Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ya ! Kuasa niat. Segalanya bermula dengan niat. Hijrah bukanlah sesuatu pekara yang kecil dan mudah, ia perkara besar dan susah. Maka itu, sudah semestinya perkara yang besar ini memerlukan sesuatu yang besar juga untuk mencapainya. Apakah ia?

Allah. Allahu akbar. Tiada yang lebih besar daripada Allah. Segala apa pun azam dan cita-cita kita, sebesarmana pun perkaranya, ayuh kita niatkan untuk mendapat redhoNya, kerana kita yakin dan percaya akan kekuasaan dan kebesaranNya ! Dia pandu jiwa kita.


Ambang 2 : Peperiksaan

Dalam sedar dan separa sedar terasa cepat benar semester satu berlalu. Tiba-tiba, peperiksaan akan berlangsung pada minggu hadapan. Cepatnya masa. Ada yang sedang rasa bersahaja kerana telah membuat persediaan secukupnya, ada yang rasa gelisah untuk menghadapinya, ada yang merasakan masa sudah terlambat. Namun kebanyakan masih gigih dalam usaha menuntut ilmu tersebut. Tidak kiralah kita dibidang mana. Begitulah.

Rasa terlambat? Sebenarnya tidak. Masa tidak pernah terlambat untuk usaha. Usaha itu bila-bila dan di mana-mana sahaja. Usaha tidak terikat dengan masa. Ia hanya kelakuan dan tindakan diri kita.


Apakah yang Allah firmankan tentang usaha?
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, mohonlah kepada Allah sebahagian dari karuniaNya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" [An-Nisa' : 32]
Kita sebagai muslim, sebenarnya sangat beruntung kerana kita punyai Allah. Maka, lengkapkanlah usaha kita dengan doa dan tawakkal kepada Dia.

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nicaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [At-Talaq : 3]

Mungkin sudah memadai bagi ayat al-Quran untuk menerangkan segala-galanya tentang kekaburan yang berada di minda.  Maka, pihak KAFA UM ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan semester 1 (11/12) bagi semua warga Univesiti Malaya, semoga anda semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan yakin. Selamat Maju Jaya !

Bittaufiq wan najah :)




Sunday 4 December 2011

Seputar : Cinta Muka Buku

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menghadiri program KAFA kali ke 3 ini.
CINTA MUKA BUKU

Perkongsian yang menarik daripada Ustazah Fatimah Syarha.Kupasan beserta hujah-hujah yang diberikan telah memberi pencerahan yang sebenar erti 'cinta muka buku'.

Lautan nasihat yang diberikan oleh beliau.Sedikit perkongsian dari beliau :
Ibnu Al-Qayyum Al-Jawziyyah berkata:
"Cinta itu boleh lenyap bersama dengan sebab".

Maka,jangan diambil sebab-sebab yang RAPUH dalam membina sebuah MAHLIGAI.

Moga kita semua dapat memahami erti CINTA dalam menuju REDHA-NYA.

Wallahu`alam


Sekitar CINTA MUKA BUKU

Bismillah...Moga ku temui sesuatu disini




Jazakillahu khayr

Kedudukan cinta menurut Ibn Jauzi....Dmana sebenarnya cinta kita?

Jiwa-jiwa yang mendambakan REDHA-NYA  


Bulatan coliseum @ Surau FSSS.Perkongsian yang MENARIK!

Dengan berlangsungnya program KAFA kali ke 3 ini,maka berakhir juga program KAFA bagi sem ini.

Kami berharap ada masukan untuk perbaikan.Berbagai saranan dan kritikan senantiasa dinanti untuk sama-sama meraih REDHA ALLAH RABBUL 'IZZATI...


Wassalam....

Monday 21 November 2011

Cinta MUka BUKU

Bismillahirrahmanirrahim......

Rindukan sentuhan 'cinta'?
 Nantikan..


Menurut Prof.Syeikh Abdullah Nasih Ulwan
"Cinta itu ialah kecenderungan kpd sesuatu"...

Cinta...
Iyalaa.itukan Fitrah..
Tapi bagaimana menjamin ia tidak terkeluar dari 'orbitNya'??

jawapannya?
Jumpa disana..InsyaAllah.

Sunday 13 November 2011

Semangat BARU!

Bismillahirrahmanirrahim....


“Ohh tidak!!! Cuti sudah berakhir!”

mungkinkah kita yang ini??

               “arggghhhh assignment  tak siap lagi!!”

ATAU 

Susah nak lepaskan ibu..T_T


Lumrah sebagai pelajar. Pelbagai aneka ragam dan karenah dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar. Cuti semester sudah berlalu. Begitu jugalah cuti berhari-raya juga sudah berakhir.
Apa pula sekarang? 

Ya sahabat-sahabat, berbaliklah kepada realiti kita kini akan berhadapan dengan hidup sebagai pelajar di kampus setelah pulang bercuti di kampung halaman tercinta. Pastinya dalam kalangan kita ada  yang sudah luntur semangatnya dan tidak kurang juga yang lain yang masih sama kadar semangatnya.

“Manusia akan mampu mencapai kejayaan jika ia bekerja dengan penuh semangat”-Benjamin Disreali

               Tapi...... sering kali kita kehilangan semangat dalam berbagai hal, dan kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana mengatasi turunnya atau bahkan hilangnya semangat itu dari diri kita. 

Adakah anda  mengalami hal yang sama, iaitu turunnya atau hilangnya semangat itu...???

Sebenarnya segala perkara itu bermula dari diri kita. Andai kita mahukan yang terbaik, maka mulailah dengan diri kita. 
       POSITIF

itulah kuncinya! Menjadi seorang pelajar kita pasti akan diuji. Itulah hakikatnya penciptaan manusia : untuk diuji - mengaplikasikan hidup bermatlamat untuk beribadah kepadanya (belajar) dan melaksanakan perintahNya (pelajar).  Hanya mereka yang bertaqwa itulah yang sebaik-baiknya di sisi Allah.


Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.

Firman Allah: (maksudnya)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup.
Dan kini kita diuji dengan hilangnya semangat di dalam diri. 

Ujian bagaikan bicara atau sapaanAllah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa,   apa  yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa


Sabda Nabi s.a.w:



“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).



SO WHAT???



Ingatlah, Fa idza ‘azamta fatawakkal ‘alallaah”.

wallahu`alam....

Sunday 23 October 2011

Selamat berIMTIHAN...

Bismillahirrahmanirrahim.....



Tik..tok...tik..tok...

Pantas masa berlalu......

EXAM!

Sudahkah anda bersedia????

Nak tak nak KENA LALUI....


فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 
Mafhumnya : Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh,Allah mencintai orang yang bertawakal.(Surah Al-Imran :159)

Formula terbaik!
RISAU + BACA QURAN + SOLAT HAJAT = TENANG

Moga ia membawa kita dekat dengan ALLAH...
Moga beroleh ketenangan ketika menjawab EXAM...


Whenever we feel uncertain, let’s take a dose of tawakkul. Do what you can, but have trust in the guarantee that Allah will give you the result you need.


Selamat berIMTIHAN buat sahabat-sahabat PASUM..
Bittaifiq wannajah!


wallahu`alam...

Friday 21 October 2011

Flexible dalam ibadah (rukhsah)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, satu lagi program kelas KAFA berjaya dilaksanakan..

Tahniah bagi mereka yang berjaya menyediakan diri untuk menuntut ilmu.Moga kesungguhan yang kalian pamerkan mendapat penilaian yang terbaik dariNya.dan Moga kita memperoleh sesuatu untuk dijadikan bekalan dunia dan akhirat .InsyaAllah.

Penyampaian yang menarik oleh Ustaz Rushdi memberi kefahaman yang jelas dalam konsep ibadah.Menegaskan bahawa walaupun kita berada dalam keuzuran,tiada alasan untuk kita meninggalkan suruhannya,kerana ISLAM MERAIKAN KEUZURAN yang menimpa seseorang.maka banyak cara dan kemudahan yang disediakan oleh islam.

Disentuh juga permasalahan yang kerap berlaku disekeliling kita.

Kelas diakhiri dengan praktikal yang dibimbing oleh ustaz sendiri.



 Sabda Nabi S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud :
"Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada seseorang hamba itu di hari kiamat ialah solatnya.Jika ia baik (dikerjakan) maka dia telah memperoleh kejayaan.Namun,jika ia rosak (tidak dikerjakan atau dikerjakan dengan cara yang salah,maka dia telah memperoleh kerugian." 
(Riwayat al-Tirmizi)



wallahu`alam....
Powered by Blogger.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP