Friday 21 October 2011

Flexible dalam ibadah (rukhsah)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, satu lagi program kelas KAFA berjaya dilaksanakan..

Tahniah bagi mereka yang berjaya menyediakan diri untuk menuntut ilmu.Moga kesungguhan yang kalian pamerkan mendapat penilaian yang terbaik dariNya.dan Moga kita memperoleh sesuatu untuk dijadikan bekalan dunia dan akhirat .InsyaAllah.

Penyampaian yang menarik oleh Ustaz Rushdi memberi kefahaman yang jelas dalam konsep ibadah.Menegaskan bahawa walaupun kita berada dalam keuzuran,tiada alasan untuk kita meninggalkan suruhannya,kerana ISLAM MERAIKAN KEUZURAN yang menimpa seseorang.maka banyak cara dan kemudahan yang disediakan oleh islam.

Disentuh juga permasalahan yang kerap berlaku disekeliling kita.

Kelas diakhiri dengan praktikal yang dibimbing oleh ustaz sendiri.



 Sabda Nabi S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud :
"Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada seseorang hamba itu di hari kiamat ialah solatnya.Jika ia baik (dikerjakan) maka dia telah memperoleh kejayaan.Namun,jika ia rosak (tidak dikerjakan atau dikerjakan dengan cara yang salah,maka dia telah memperoleh kerugian." 
(Riwayat al-Tirmizi)



wallahu`alam....

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP