“Ohh tidak!!! Cuti sudah berakhir!”
mungkinkah kita yang ini??
“arggghhhh assignment tak siap lagi!!” |
ATAU
Susah nak lepaskan ibu..T_T |
Lumrah sebagai pelajar. Pelbagai aneka ragam dan karenah dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar. Cuti semester sudah berlalu. Begitu jugalah cuti berhari-raya juga sudah berakhir.
Apa pula sekarang?
Ya sahabat-sahabat, berbaliklah kepada realiti kita kini akan berhadapan dengan hidup sebagai pelajar di kampus setelah pulang bercuti di kampung halaman tercinta. Pastinya dalam kalangan kita ada yang sudah luntur semangatnya dan tidak kurang juga yang lain yang masih sama kadar semangatnya.
“Manusia akan mampu mencapai kejayaan jika ia bekerja dengan penuh semangat”-Benjamin Disreali
Tapi...... sering kali kita kehilangan semangat dalam berbagai hal, dan kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana mengatasi turunnya atau bahkan hilangnya semangat itu dari diri kita.
Adakah anda mengalami hal yang sama, iaitu turunnya atau hilangnya semangat itu...???
Sebenarnya segala perkara itu bermula dari diri kita. Andai kita mahukan yang terbaik, maka mulailah dengan diri kita.
POSITIF
itulah kuncinya! Menjadi seorang pelajar kita pasti akan diuji. Itulah hakikatnya penciptaan manusia : untuk diuji - mengaplikasikan hidup bermatlamat untuk beribadah kepadanya (belajar) dan melaksanakan perintahNya (pelajar). Hanya mereka yang bertaqwa itulah yang sebaik-baiknya di sisi Allah.
Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.
Firman Allah: (maksudnya)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).
Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup.
Dan kini kita diuji dengan hilangnya semangat di dalam diri.
Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa
Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).
SO WHAT???
Ingatlah, “Fa idza ‘azamta fatawakkal ‘alallaah”.
wallahu`alam....
No comments:
Post a Comment