Tuesday, 11 October 2011

::::>>SEKITAR KLINIK AL-QURAN SIRI 1 dan 2

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah

Sempurna sudah KLINIK AL-QURAN untuk SIRI 1 & 2.

KLINIK AL-QURAN SIRI 1 

Slot 1 disampaikan oleh Ust Hazaruddin menceritakan tentang keindahan Al-Quran.Manakala slot 2 dan 3 pula disampaikan oleh Ust Arif yang menekankan tentang sebutan huruf dalam Al-Quran.

KLINIK AL-QURAN SIRI 2

Penerangan tentang hukum-hukum tajwid telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abid.


Moga usaha-usaha untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-quran ini mendapat kebaikan disisiNya..

Yang MENARIK...


mencari ILAHI


KLINIK AL-QURAN 1



Kesungguhan!

Fokus!

Sesi TAHSIN
 
Sesi TAHSIN
JAZAKALLAHU KHAYR

JAZAKALLAHU KHAYR

JAZAKALLAHU KHAYR

 Moga usaha ini tidak terhenti sampai disini saja


TERUSKAN MENGIKUTI KELAS AL-QURAN SETIAP MINGGU....

Moga kita semua dianugerahkan keteguhan dalam mencari redhaNya..

Doa Rasulullah S.A.W
"Ya Allah,kayakanlah aku dengan ilmu dan hiasilah aku dengan sifat berlapang dada(lemah lembut) , muliakan aku dengan ketaqwaan serta indahkanlah aku dengan kesihatan" (Riwayat Ibnu an-najar daripada Ibnu Umar r.a)


Wallahu`alam

Thursday, 6 October 2011

...:::::KLINIK AL-QURAN SIRI KE 2


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 

SEKALI LAGI MENEMUI ANDA


Firman Allah mafhumNya:
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa."

[Al-Baqarah : 2]
Wallahu`alam..
JUMPA DISANA...

Thursday, 29 September 2011

KLINIK AL-QURAN

Bismillahirrahmanirrahim....

MENEMUI ANDA


APA LAGI YANG DITUNGGU?

JOM PERBAIKI BACAAN DAN SEBUTAN!

DAN

MENGENAL SURAT CINTA DARIPADA SANG PENCIPTA

JANGAN LUPA AJAK KAWAN-KAWAN

JUMPA DISANA...
INSYAALLAH

Wallahu`alam..



Tuesday, 27 September 2011

Bingkisan Minggu Promo `11

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..berakhir sudah minggu promo.Masa yang ditunggu oleh Mahasiswa Universiti Malaya untuk menjadi ahli persatuan/kelab yang terdapat di Universiti Malaya.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendaftar sebagai AHLI KELAB KAFA UM!

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang terlibat secara lansung mahupun tidak dalam memperkenalkan KAFA UM dan membantu sepanjang minggu promo berlansung.Jazakumullahu Khayran Jaza’.Moga setiap masa dan tenaga yang diberikan dibalas dengan yang ‘lebih baik’ olehNya.

Moga ia menjadi titik permulaan kepada kita semua dalam pencarian ilmu ,pembaikan amal ibadah dan seterusnya menjadi insan yang bermanfaat buat semua.InsyaAllah.

Warna-Warni Keluarga KAFA UM 
Selamat Datang......

segalanya bermula..







Semangat ni yang kita cari!

Jazakumullahu khayr...

Jazakumullahu khayr...
Pertemuan bermula disini..
Moga keikhlasan sentiasa mengiringi..
Moga Usahamu diberkati...
"Fawatthiqi Allahumma Raabithotahaa,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya."Ameen...

Rasulullah S.A.W bersabda:Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke SYURGA (Riwayat Muslim)


NANTIKAN KLINIK AL-QURAN PADA 1/10/2011(Sabtu)!
JUMPA DISANA!
InsyaALLAH...

Wallahu`alam...






Sunday, 25 September 2011

Coretan Kelas KAFA siri pertama




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah wa syukru lillah…
Kelas KAFA siri pertama bagi sem ini berjaya dilaksanakan.Sambutan daripada mahasiswa UM cukup memberangsangkan walaupun ketika waktu cuti.Tahniah!Moga Allah memberkati usaha kalian dan segala ilmu yang diterima diberkatiNya.InsyaAllah

Dengan tajuk ‘Apa ERTI saya belajar di Universiti Malaya’ yang disampaikan oleh 2 orang penceramah yang berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Soleh dan Imam Muda Nuri , mudah-mudahan dapat memberi pencerahan kepada kita tentang tujuan sebenar kita sebagai seorang mahasiswa.

Sedikit kesimpulan yang ingin dikongsi bersama hasil daripada penyampaian tajuk ini.
Tujuan manusia diciptakan telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran.Sungguh cantik!

Firman Allah mafhumNya:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU”
(Surah Az-Zaariyat: 56)
Dan
Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan
KHALIFAH di bumi”.Mereka berkata, “ Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih dan memujiMU dan menyucikan namaMU ?”Dia berfirman, “Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

(Surah Al-Baqarah:30 )
Jelas disini tujuan sebenar Allah menciptakan kita dibumi ini adalah untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan bumiNya.Bagaimana pula kita mengaplikasi 2 ayat ini dalam kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa?

Ustaz Mohd Soleh berkongsi 10 ciri-ciri individu muslim:-
1.  Aqidah yang Sejahtera
2. Ibadah yang sohih
3. Akhlak yang mantap
4. Berpengetahuan Luas
5. Memiliki tubuh badan yg sihat
6. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu
7. Berdikari
8. Tersusun dalam urusan
9. Menepati masa
10. Bermanfaat untuk orang lain.

   Tidak lupa juga Imam Muda Nuri yang turut berkongsi pengalamannya ketika menyertai program realiti Imam Muda 1.Penyampaian yang disampaikan begitu menarik peserta yang hadir.



Moga dengan perkongsian ini kita semua dapat meneruskan ‘kitaran hidup’ yang berisi dan bermakna.InsyaAllah…

Nantikan kelas KAFA siri ke-2.InsyaAllah 15 oktober 2011.Jumpa disana!..(^_^)


Sedikit gambaran suasana ketika itu.... 
AJK yang membantu


Insan terpilih..InsyaAllah

Wajah-wajah ceria

Insan terpilih...InsyaAllah


Slot BELAIAN JIWA
LDK  


Wallahu`alam...

Wednesday, 14 September 2011

Apa ERTI saya belajar di Universiti Malaya

Bismillahirrahmanirrahim...





Pakat-pakat datang....

JOM!!!
Bila??

SABTU 

       JUMPA DI SANA...

       INSYAALLAH!!

Monday, 12 September 2011

.::Selamat Datang::.

Bismillahirrahmanirrahim....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu wa ba'du
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt atas bermacam-macam nikmat yang telah diberikan yang tidak dapat untuk kita hitung jumlahnya. Dan dalam nikmat-nikmat yang banyak ini, Allah swt juga telah mengurniakan kepada kita dua nikmat-Nya yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Betapa ruginya kita sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat tersebut apatah lagi jika kita langsung tidak menyedarinya.

Dalam kesempatan ini, saya, mewakili Kelab KAFA UM, ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar tahun satu yang baru sahaja menamatkan minggu haluansiswa pada jumaat lepas. Semoga persediaan selama seminggu ini memberikan gambaran kepada pelajar akan kehidupan di alam universiti yang menanti mereka. Persiapkan diri dan perteguhkan niat di hati. Semoga langkahan pertama yang baik ini membawa kepada kebaikan sepanjang pengajian di Universiti Malaya (UM) nanti.

Ingatlah bahawa akademik hanya alat untuk mencapai wawasan akhirat. Jika akademik menjadi perkara yang utama dengan melupakan tujuan kita diciptakan, ia (akademik) akan menjadi sia-sia. Untuk itu, kami di dalam Kelab KAFA UM ada menganjurkan program-program bagi menjelaskan tujuan utama hidup kita. Lebih-lebih lagi ianya dikaitkan dengan sumber pedoman yang utama, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Marilah bersama kami dalam meningkatkan akademik seiring dengan rohani.

Buat pelajar-pelajar senior, kami mengucapkan selamat kembali ke Universiti Malaya. Moga cuti selama hampir empat bulan yang lepas telah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kami berharap agar semester baru ini akan menjadi lebih baik daripada semester lepas buat semua. Kami juga berharap kepulangan anda bakal menjadi peluang buat pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan contoh dan teladan yang baik buat mereka yang baru sahaja masuk.

Mudah-mudahan kita memperoleh taufiq dan hidayah dalam setiap amal sepanjang hidup kita dan moga Allah menerima amal baik kita di dunia ini sebagai bekal untuk mendapat redha-Nya di akhirat nanti.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Abdul Muhaimin bin Shahriman
Yang Dipertua
Kelab KAFA UM
Sesi 2011/12
Powered by Blogger.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP