Thursday, 29 September 2011

KLINIK AL-QURAN

Bismillahirrahmanirrahim....

MENEMUI ANDA


APA LAGI YANG DITUNGGU?

JOM PERBAIKI BACAAN DAN SEBUTAN!

DAN

MENGENAL SURAT CINTA DARIPADA SANG PENCIPTA

JANGAN LUPA AJAK KAWAN-KAWAN

JUMPA DISANA...
INSYAALLAH

Wallahu`alam..



Tuesday, 27 September 2011

Bingkisan Minggu Promo `11

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..berakhir sudah minggu promo.Masa yang ditunggu oleh Mahasiswa Universiti Malaya untuk menjadi ahli persatuan/kelab yang terdapat di Universiti Malaya.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendaftar sebagai AHLI KELAB KAFA UM!

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang terlibat secara lansung mahupun tidak dalam memperkenalkan KAFA UM dan membantu sepanjang minggu promo berlansung.Jazakumullahu Khayran Jaza’.Moga setiap masa dan tenaga yang diberikan dibalas dengan yang ‘lebih baik’ olehNya.

Moga ia menjadi titik permulaan kepada kita semua dalam pencarian ilmu ,pembaikan amal ibadah dan seterusnya menjadi insan yang bermanfaat buat semua.InsyaAllah.

Warna-Warni Keluarga KAFA UM 
Selamat Datang......

segalanya bermula..







Semangat ni yang kita cari!

Jazakumullahu khayr...

Jazakumullahu khayr...
Pertemuan bermula disini..
Moga keikhlasan sentiasa mengiringi..
Moga Usahamu diberkati...
"Fawatthiqi Allahumma Raabithotahaa,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya."Ameen...

Rasulullah S.A.W bersabda:Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke SYURGA (Riwayat Muslim)


NANTIKAN KLINIK AL-QURAN PADA 1/10/2011(Sabtu)!
JUMPA DISANA!
InsyaALLAH...

Wallahu`alam...






Sunday, 25 September 2011

Coretan Kelas KAFA siri pertama




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah wa syukru lillah…
Kelas KAFA siri pertama bagi sem ini berjaya dilaksanakan.Sambutan daripada mahasiswa UM cukup memberangsangkan walaupun ketika waktu cuti.Tahniah!Moga Allah memberkati usaha kalian dan segala ilmu yang diterima diberkatiNya.InsyaAllah

Dengan tajuk ‘Apa ERTI saya belajar di Universiti Malaya’ yang disampaikan oleh 2 orang penceramah yang berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Soleh dan Imam Muda Nuri , mudah-mudahan dapat memberi pencerahan kepada kita tentang tujuan sebenar kita sebagai seorang mahasiswa.

Sedikit kesimpulan yang ingin dikongsi bersama hasil daripada penyampaian tajuk ini.
Tujuan manusia diciptakan telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran.Sungguh cantik!

Firman Allah mafhumNya:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU”
(Surah Az-Zaariyat: 56)
Dan
Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan
KHALIFAH di bumi”.Mereka berkata, “ Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih dan memujiMU dan menyucikan namaMU ?”Dia berfirman, “Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

(Surah Al-Baqarah:30 )
Jelas disini tujuan sebenar Allah menciptakan kita dibumi ini adalah untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan bumiNya.Bagaimana pula kita mengaplikasi 2 ayat ini dalam kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa?

Ustaz Mohd Soleh berkongsi 10 ciri-ciri individu muslim:-
1.  Aqidah yang Sejahtera
2. Ibadah yang sohih
3. Akhlak yang mantap
4. Berpengetahuan Luas
5. Memiliki tubuh badan yg sihat
6. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu
7. Berdikari
8. Tersusun dalam urusan
9. Menepati masa
10. Bermanfaat untuk orang lain.

   Tidak lupa juga Imam Muda Nuri yang turut berkongsi pengalamannya ketika menyertai program realiti Imam Muda 1.Penyampaian yang disampaikan begitu menarik peserta yang hadir.



Moga dengan perkongsian ini kita semua dapat meneruskan ‘kitaran hidup’ yang berisi dan bermakna.InsyaAllah…

Nantikan kelas KAFA siri ke-2.InsyaAllah 15 oktober 2011.Jumpa disana!..(^_^)


Sedikit gambaran suasana ketika itu.... 
AJK yang membantu


Insan terpilih..InsyaAllah

Wajah-wajah ceria

Insan terpilih...InsyaAllah


Slot BELAIAN JIWA
LDK  


Wallahu`alam...

Wednesday, 14 September 2011

Apa ERTI saya belajar di Universiti Malaya

Bismillahirrahmanirrahim...





Pakat-pakat datang....

JOM!!!
Bila??

SABTU 

       JUMPA DI SANA...

       INSYAALLAH!!

Monday, 12 September 2011

.::Selamat Datang::.

Bismillahirrahmanirrahim....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu wa ba'du
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt atas bermacam-macam nikmat yang telah diberikan yang tidak dapat untuk kita hitung jumlahnya. Dan dalam nikmat-nikmat yang banyak ini, Allah swt juga telah mengurniakan kepada kita dua nikmat-Nya yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Betapa ruginya kita sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat tersebut apatah lagi jika kita langsung tidak menyedarinya.

Dalam kesempatan ini, saya, mewakili Kelab KAFA UM, ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar tahun satu yang baru sahaja menamatkan minggu haluansiswa pada jumaat lepas. Semoga persediaan selama seminggu ini memberikan gambaran kepada pelajar akan kehidupan di alam universiti yang menanti mereka. Persiapkan diri dan perteguhkan niat di hati. Semoga langkahan pertama yang baik ini membawa kepada kebaikan sepanjang pengajian di Universiti Malaya (UM) nanti.

Ingatlah bahawa akademik hanya alat untuk mencapai wawasan akhirat. Jika akademik menjadi perkara yang utama dengan melupakan tujuan kita diciptakan, ia (akademik) akan menjadi sia-sia. Untuk itu, kami di dalam Kelab KAFA UM ada menganjurkan program-program bagi menjelaskan tujuan utama hidup kita. Lebih-lebih lagi ianya dikaitkan dengan sumber pedoman yang utama, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Marilah bersama kami dalam meningkatkan akademik seiring dengan rohani.

Buat pelajar-pelajar senior, kami mengucapkan selamat kembali ke Universiti Malaya. Moga cuti selama hampir empat bulan yang lepas telah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kami berharap agar semester baru ini akan menjadi lebih baik daripada semester lepas buat semua. Kami juga berharap kepulangan anda bakal menjadi peluang buat pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan contoh dan teladan yang baik buat mereka yang baru sahaja masuk.

Mudah-mudahan kita memperoleh taufiq dan hidayah dalam setiap amal sepanjang hidup kita dan moga Allah menerima amal baik kita di dunia ini sebagai bekal untuk mendapat redha-Nya di akhirat nanti.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Abdul Muhaimin bin Shahriman
Yang Dipertua
Kelab KAFA UM
Sesi 2011/12

Monday, 5 September 2011

Tentang KAFA


Bismillahirrahmanirrahim......
KELAB KEMAHIRAN AL-QURAN DAN FARDU 'AIN


Ditubuhkan pada 21 Februari 2011, Kelab KAFA UM ini tercetus hasil rentetan daripada usaha-usaha mengadakan program Pengajian KAFA yang telah dijalankan pada semester pertama sesi 2010/2011. Hal yang demikian adalah disebabkan oleh permintaan untuk meneruskan pengajian tersebut yang bukan sahaja diutarakan sendiri oleh warga mahasiswa Universiti Malaya, malahan juga mahasiswa dari institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. 

Kelab KAFA UM bermotokan beriman ,berintelek , beriltizam dan berjasa mempunyai tiga aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang berlangsungnya sesi pengajian akademik di Universiti Malaya yang terdiri daripada Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), Kelas Mahir Al-Quran (MAQ) dan juga Program Hal Ehwal Wanita (HELWA). Ketiga-tiga program ini akan dijalankan secara berkala bagi menerapkan kefahaman agama secara efektif dan berkesan selain memastikan kelangsungan aktiviti kelab ini untuk sepanjang sesi pengajian. Kelab KAFA UM juga mengadakan hubungan  kerjasama dengan para pensyarah terutama pensyarah-pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sendiri.

Sehubungan dengan itu, inistiatif untuk mewujudkan kelab KAFA UM ini diharapkan dapat menghasilkan syakhsiah-syakhsiah yang mampu memimipin masyarakat kampus dan mempunyai ilmu tentang asas-asas Islam  walaupunbukan berlatarbelakangkan  agama. Kami juga berharap dengan tertubuhnya kelab ini akan melahirkan para mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik serta sahsiah diri yang juga menjadi AGEN PERUBAHAN yang positif agar di akhirnya kelak akan lahir graduan daripada Universiti Malaya mampu berkhidmat cemerlang untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara.
InsyaAllah…..

‘MARILAH BERSAMA MENINGKATKAN AKADEMIK SEIRING ROHANI’

Powered by Blogger.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP