Monday 5 September 2011

Tentang KAFA


Bismillahirrahmanirrahim......
KELAB KEMAHIRAN AL-QURAN DAN FARDU 'AIN


Ditubuhkan pada 21 Februari 2011, Kelab KAFA UM ini tercetus hasil rentetan daripada usaha-usaha mengadakan program Pengajian KAFA yang telah dijalankan pada semester pertama sesi 2010/2011. Hal yang demikian adalah disebabkan oleh permintaan untuk meneruskan pengajian tersebut yang bukan sahaja diutarakan sendiri oleh warga mahasiswa Universiti Malaya, malahan juga mahasiswa dari institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. 

Kelab KAFA UM bermotokan beriman ,berintelek , beriltizam dan berjasa mempunyai tiga aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang berlangsungnya sesi pengajian akademik di Universiti Malaya yang terdiri daripada Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), Kelas Mahir Al-Quran (MAQ) dan juga Program Hal Ehwal Wanita (HELWA). Ketiga-tiga program ini akan dijalankan secara berkala bagi menerapkan kefahaman agama secara efektif dan berkesan selain memastikan kelangsungan aktiviti kelab ini untuk sepanjang sesi pengajian. Kelab KAFA UM juga mengadakan hubungan  kerjasama dengan para pensyarah terutama pensyarah-pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sendiri.

Sehubungan dengan itu, inistiatif untuk mewujudkan kelab KAFA UM ini diharapkan dapat menghasilkan syakhsiah-syakhsiah yang mampu memimipin masyarakat kampus dan mempunyai ilmu tentang asas-asas Islam  walaupunbukan berlatarbelakangkan  agama. Kami juga berharap dengan tertubuhnya kelab ini akan melahirkan para mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik serta sahsiah diri yang juga menjadi AGEN PERUBAHAN yang positif agar di akhirnya kelak akan lahir graduan daripada Universiti Malaya mampu berkhidmat cemerlang untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara.
InsyaAllah…..

‘MARILAH BERSAMA MENINGKATKAN AKADEMIK SEIRING ROHANI’

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP